PRU 13 di Ambang 2011

Ahad, Oktober 30th, 2011

     UMNO terdesak sekarang ini, mereka mula membuat perancangan-perancangan untuk rakyat. Satu Malaysia jadi modal utama PM baru dan berteraskan ‘Rakyat didulukan, pembangunan diutamakan’. Itulah peracangan yang akan membodohkan rakyat. Setelah lebih 50 dekat memerintah Malaysia, baru ini nak buat “1 Malaysia”, agaknya selama ini Malaysia yang berbilang kaum tak bersatu ke??? Lebih daripada bersatu, munkin baru mereka mendapat igauan ngeri,setelah kalah 4 buah negeri jatuhk pada pembagkang, UMNO jadi panik, berbagai tipu helah digunakan untuk mendapat kembali. Negeri Perak menjadi mangsa, tektik kotor telah membuahkan hasil, Perak gugur dengan cara yang hina. Hingga sekarang ini masih tidak henti-henti membuat berbagai fitnah, pembohogan untuk memburukkan Pembangkang dinegeri yang dalam pemerintahan pembangkang. Mereka tidak jemu-jemu mencari jalan menipu rakyat dengan dakyah mereka sabanhari dimedia-masa dan media elektronik.

Memperolokkan rakyat selama lebih 50 tahun, masih lagi terdapat orang melayu yang miskin tegar. Banyak lagi orang-orang melayu yang tidak mempunyai tempat kediaman sempurna.Negeri yang dibawah PR telah dapat membuktikan betapa selama ini begitu banyak penyelewengan telah dilakukan oleh BN. Rakyat dibawah negeri-negeri PR ddapat melihat bagaimana PR mentadbirkan kewangan rakyat dengan baik, pendapatan negeri-negeri tersebut meningkat. BN setiap hari memfitnah rakyat melalui mediamasa mereka, ada juga rakyat digunakan untuk memfitnah negeri PR dengan menemuramah melalui TV dan sebagainya. UMNO rasa seram-sejuk menanti kehadiran PRU 13. Mukin sekarang ini ada orang-orang kuat UMNO kena demam PRU 13. Ada juga yang menghitung-hitung keuntungan akan diperolehi bila berjaya menjadi wakil rakyat nanti selepas PRU 13.

Menjahilkan rakyat memang telah hampir 5 abad diperlakukan. Mereka tahu masih banyak rakyat yang jahil tentang politik, tentang rasuah dan masih jahil tentang kewangan Negara. Negeri yang dibawah pentadbiran Pembangkang akan terus abaikan dan dianak tirikan dalam semua pembangunan, hak royalty juga dinafikan, tidak ketinggaalan juga hak rakyat dibawah parti pembangkang. Jadi tidak haiaranlah kalau kalau negeri tersebut tidak dapat dibangunkan selaras seperti negeri di bawah BN. Rakyat yang jahil akan mudah terpengaruh dan dengan menuduh bahwa Pembangkang tidak pandai mentadbir negeri yang mereka menangi dalam PRU 12. Orang melayu yang jahil masih lagi begitu ramai di Negara kita ini. Kebanyakan dari Melayu yang jahil ini masih jahil dalam soal pentadbiran Negara.

Soalnya sekarang ini ! Adakah Orang Melayu telah benar-benar sedar apa yang berlaku selama 54 tahun BN memerintah??? Kalau belum sedar! Maka orang melayu masih lagi jahil dan akan terus dijahilkan oleh BN.

PAS Juara Memperjuangkan Islam

Jumaat, April 23rd, 2010


                  Dulu-dulu semasa remaja, politik tidaklah diminati sangat, waktu itu hanya ikut-ikut sahaja. Dalam mana-mana mesyuarat, orang angkat tangan sokong, kita pun sokong juga. Masa itu hanya parti UMNO sahaja yang ada, kalau ada parti lain pun jarang-jarang kedengaran, macam parti PAS langsung tidak tahu menahu ujudnya parti PAS waktu itu. Kami dikala itu orang-orang kampong disogok dengan perkauman. Waktu itu parti lawan yang kuat adalah DAP, parti kaum Cina! Kami disogokkan dengan kebencian kaum parti DAP. Pada kami dikala itu parti ini mesti dikalahkan setiap kali pilihana raya. Umno tidak pernah kalah keseluruhan kerusi di Parlimen.

                  Waktu itu Agama Islam tidak sehebat sekarang ini! Agama sekadar tahu baca Quran, sembahyang, baca ‘Yasin’ tiap malam Jumaat. Perempuan! Langsung waktu itu kebanyakannya tidak pernah bertudung menutup aurat. Ini adalah kerana ledakkan kemodenan selepas ‘Merdeka’, budaya kuning (Budaya Barat – Istilah Ulama dulu) merebak keseluruh Malaya. Semua ulama-ulama, tok guru-tok guru hanya memandang sepi kemasukan “budaya kuning” ini, tidak daya usaha mengkengkang budaya ini. Minuman keras dijual sesuka hati di kedai-kedai makan, yang kebanyakkan mabuk waktu itu orang-orang melayu. Orang melayu waktu itu megah kalau minum minuman keras, seolah-olah macam ‘Mat Saleh’. Kalau terkenang waktu itu kita rasa sedih orang Melayu telah diguna-gunakan dulu-dulu lagi hingga sekarang.

                  Waktu itu Parti PAS hanya sayup-sayup kedengaran. Orang melayu dikala itu tidak langsung mengetahui dasar perjuangan Parti PAS yang memperjuangkan Islam. Parti PAS hanya untuk orang-orang di Negeri sebelah Timor. Parti Pas diwaktu itu tidak mempunyai keupayaan untuk disebarkan. PAS hanya berlegar di Timor dan utara Malaya. 1946 adalah tahun keramat bila Parti PAS ujud di Malaya dikala itu. Perjuangan PAS hanya satu, PAS ingin mengujudkan Negara Islam sebenar-benarnya mengikut Al’Quran dan Sunnah-sunnah Rasullah SAW. Itulah perjuang PAS. Sememangnya untuk mewujudkanNya pasti melalui perjuangan mendapatkan mandat dari Rakyat, yaitu memalui proses Pilihan Raya. Insyallah tiap-tiap yang wujud akan berakhir, diwaktu itulah PAS akan mengujudkan sebuah Negara Islam Malaysia sebenar berlandaskan Al’Quran dan Sunnah Rasullah SAW.

                  Malaysia terkongkong dengan undang-undang pejajah, hingga kini rasuah, maksiat dan keruntuhan akhlak terus menjadi-jadi walaupun telah lebih 50 dekat. Taraf kemiskinan rakyat masih lagi belum dapat diatasi, tiap-tiap tahun diwar-warkan semasa pembentangan bajet negara. Ini disebabkan tidak ada ketelusan dan kejujuran semasa membentangan bajet Negara. Masih lagi kebanyakan rakyat yang tidak peka dengan senario politik semasa, terutama orang-orang kampong masih lagi didalam kepompong. Kehidupan mereka hanya berlegar di sekeliling mereka sahaja. Masih lagi dapat diguna-gunkan dengan janji-janji indah dari pemimpin yang mengambil kesempatan dari kenaifan rakyat. PRU 2008 sedikit sebanyak telah membuka minda dan mata-hati yang membolehkan PAS bersama Parti Pakatan Rakyat mendapat mandat dari rakyat tiga buah negeri, Selangor, Perak dan Kedah. Rakyat tiga buah Negeri-negeri ini boleh dikatakan telah memahami senario politik dan telah faham tentang hak-hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdaulat. Kejatuhan Perak disebabkan kenaifan pemimpin Parti Kedilan yang telah tersilap pilih dua wakil meraka yang menjadi pembelot, bukan sahaja belot pada parti tapi belot pada semua rakyat telah memilih mereka, tidak amanah, orang tidak amanah tidak akan mencium bau syurga. PAS akan terus memperjuangkan Islam. PAS untuk semua kaum….Allahualam…

Runtuh Kah Parti Keadilan?

Ahad, Mac 7th, 2010

Itu yang dihitung-hitung dengan bongkak oleh media-masa dan media-elektronik “Parti Lawan”. Mereka begitu gelojoh menanti dan mebuat liputan memfitnah dan pembohongan seolah-olah mereka ini kebal, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang perbuatan mereka!! Ingat, Allah sentiasa melihat dan mengetahui. Doa orang yang dizalimi dan difitnah akan Allah makbulkan! Banyak dah terbukti…….Sembahyang lima waktu setiap hari akan menjadi sia-sia, kalau dalam hati penuh dengan kebencian dan mengadu-dumba orang lain…Tidak terperanjat jika beberapa orang pemimpin PKR keluar dari parti, kerana mereka adalah acuan “Parti Dahulu”, macam Parti Semangat 46, bila terdesak sikit lari keluar parti,terus menjadi pengampu besar,kutuk PAS walhal masa dalam Semangat 46 bukan main baik, lembut gigi dari lidah dan akhirnya parti semangat 46 hanya tinggal semangat sahaja tampa kubur.

Kita semua tahu bahawa 50 tahun memerintah tapi masih lagi Negara kita terus bergelumang dengan rasuah. PM dulu hendak memerangi rasuah habis-habisan, malangnya hingga hari ini tidak habis-habis. Apa dah jadi dengan Islam Hadhari?? Senyap dan kelu tanpa berita lagi!! Masa itu liputan Islam Hadhari saban hari di TV dan Media-masa, tidak puas suruh ulama-ulama nya pergi keseluruh ceruk rantau menghibahkan Islam Hadhari. Sekarang ini tinggal menghitung hari sahaja. Rasuah masih lagi leluasa. “Kuman diseberang lautan nampak kelihatan, tapi gajah depan mata tidak kelihatan” itu satu perumpamaan dengan kes-kes rasuah. Penyelewengan Perwaja hingga kehari ini masih tidak ada sesiapa yang dipertanggung-jawabkan. Berbillion wang rakyat hangus dan lesap begitu sahaja!!

Kalau pada mulanya hanya satu engin pesawat yang hilang, tetiba dua engin pesawat pulak. Macamana ini? Kita fikirlah sendiri, apa jenis pemerintah yang kita ada sekarang ini..


/center>

Selawat pada Rasulullah SAW.

Selasa, Januari 26th, 2010

Assalamualaikum pada pelayar blog,
         Membaca adalah satu amalan yang baik dari tidur atau merambu tidak tentu arah di komplek-komplek pasaraya atau lepak di kedai kedai kopi sambil main dam haji atau menjentik striker di papan kerem(apa-apalah). Kalau dulu-dulu bahan bacaan sangat kurang (Waktu tahun 1950 an le), dewasa ini bahan bacaan melambak-lambak di pasaran, bermacam jenis buku yang tidak perlu saya jelaskan disini. Buku-buku adalah perpustakaan sumbar ILMU. Kalau buku yang dibaca itu bagus, maka bagus sipembaca itu, tetapi kalau buku itu yang tidak bagus, maka pembaca akan hanyut di bawa arus angan-angan atau nafsu syawat yang menjerumus kelembah maksiat dan hina. Bak kata pepatah ” Tepuk dada, tanya selera!”.
         Baru-baru ini saya menerima sebuah buku sebagai hadiah hari lahir saya(Birthday le tu). Buku yang bertajuk Penenang Jiwa – Pengubatan & Rawatan Jilid 1 – terjemaah dari kitab “Mukashafah Al Qulub oleh Imam Ghazali”. Wow! Sebuah terjemahan kitab mengandungi 111 bab jilid 1 pertama ini dan tebal nya 438 muka (Sebelum ini belum pernah membaca buku setebal ini). Ini bukan buku yang layak saya baca dengan kelulusan hanya darjah 2 kelas Agama (Itu pun darjah 2 1959). Saya rasa buku terjemahan ini terlalu tinggi untuk saya baca fahami, walau apa pun saya berterima kasih pada pemberi tersebut. Insyallah saya akan cuba membaca dan memahami kitab ini.
         Setelah membaca Bab pertama, saya dapati buku ini sungguh senang dibaca dan difahami. Syabas pada penterjemah. Hadis-hadis dan ayat Al’Quran ditulis dengan terjemahannya sahaja tidak tulisan Al’Quran(Tulisan Arab). Bagus dibaca oleh semua peringkat umur dewasa. Saya tertarik pada satu hadis dalam buku ini.Hadis dari Rasulullah SAW:
         “Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat, Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya dibawah Arasy dan kedua kakinya didasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan mahluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umat ku membaca selawat kepadaKU, maka Allah memrintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan dari Nur dibawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Dartipada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat.”

         Cuba kita renungkan, susah sangat hendak berselawat keatas Rasulullah SAW, betapa besarnya ganjaran yang Allah telah sediakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kadang-kadang kita sebagai orang Islam perkara sekecil ini pun tidak dapat melaksanakan. Sebagai Orang Islam kita harus menunaikan kewajipan rukun Islam yang lima itu. Tidak boleh tidak kita kena istiqomah. Membaca buku Agama dan mendengar kuliah adalah salah satu kewajipan pada orang Islam dalam mencari Ilmu Pengetahuan. Ilmu Allah amat luas. Allahualam…


         Ingin mencari wang saku !! Hanya dengan membaiki kerosakkan biasa bagi telefon bimbit. Kadang kadang kerosakkan tidak seberapa tetapi kena bayar puluhan atau ratus ringget untuk membaiki kerosakkan yang kita boleh baiki sendiri tampa modal yang tinggi. TETAPI kena cari ilmu dulu !! Dengan membeli VCD dibawah untuk mengetahui cara -cara membaik-pulih kerosakkan biasa telefon bimbit. RM80.00 bukan satu halangan untuk anda mendapat ilmu yang berfaedah sekurang-kurang bagi diri anda dan boleh menjana wang membaiki-pulih telefon teman-teman.
         Vcd ini adalah versi ke2,Ianya sungguh mudah difahami dengan tayangan video yang terang. Ia mengandungi cara-cara mudah membaiki 9 kerosakan telefon bimbit yang biasa berlaku pada telefon anda; Speaker kurang jelas, bateri tidak boleh cas, Tidak mendapat liputan network dan lain-lain. Tak cuba mana kita nak tahu menefaatnya VCD ini, anda boleh menjana pendapatan mudah dari VCD tersebut. Siapa Tahu!!!


Jika ingin mendapatkan VCD ASAS PANDUAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT boleh hubungi saya seperti dibawah ini:

      1.Harga 1 Set VCD asas membaiki telefon bimbit RM80.00 sahaja.
      2.Masukkan bayaran kedalam akaun bank saya CIMB : 06040002058200
      3.SMS pada saya (Nama, alamat penuh, tarikh, masa, jumlah, bank) No.h/p 0179843280.
      4.VCD tersebut akan saya hantar secepat munkin dari tarikh wang di bankkan.

Terima kasih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.