Arkib untuk Januari, 2010

Selawat pada Rasulullah SAW.

Selasa, Januari 26th, 2010

Assalamualaikum pada pelayar blog,
         Membaca adalah satu amalan yang baik dari tidur atau merambu tidak tentu arah di komplek-komplek pasaraya atau lepak di kedai kedai kopi sambil main dam haji atau menjentik striker di papan kerem(apa-apalah). Kalau dulu-dulu bahan bacaan sangat kurang (Waktu tahun 1950 an le), dewasa ini bahan bacaan melambak-lambak di pasaran, bermacam jenis buku yang tidak perlu saya jelaskan disini. Buku-buku adalah perpustakaan sumbar ILMU. Kalau buku yang dibaca itu bagus, maka bagus sipembaca itu, tetapi kalau buku itu yang tidak bagus, maka pembaca akan hanyut di bawa arus angan-angan atau nafsu syawat yang menjerumus kelembah maksiat dan hina. Bak kata pepatah ” Tepuk dada, tanya selera!”.
         Baru-baru ini saya menerima sebuah buku sebagai hadiah hari lahir saya(Birthday le tu). Buku yang bertajuk Penenang Jiwa – Pengubatan & Rawatan Jilid 1 – terjemaah dari kitab “Mukashafah Al Qulub oleh Imam Ghazali”. Wow! Sebuah terjemahan kitab mengandungi 111 bab jilid 1 pertama ini dan tebal nya 438 muka (Sebelum ini belum pernah membaca buku setebal ini). Ini bukan buku yang layak saya baca dengan kelulusan hanya darjah 2 kelas Agama (Itu pun darjah 2 1959). Saya rasa buku terjemahan ini terlalu tinggi untuk saya baca fahami, walau apa pun saya berterima kasih pada pemberi tersebut. Insyallah saya akan cuba membaca dan memahami kitab ini.
         Setelah membaca Bab pertama, saya dapati buku ini sungguh senang dibaca dan difahami. Syabas pada penterjemah. Hadis-hadis dan ayat Al’Quran ditulis dengan terjemahannya sahaja tidak tulisan Al’Quran(Tulisan Arab). Bagus dibaca oleh semua peringkat umur dewasa. Saya tertarik pada satu hadis dalam buku ini.Hadis dari Rasulullah SAW:
         “Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat, Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya dibawah Arasy dan kedua kakinya didasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan mahluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umat ku membaca selawat kepadaKU, maka Allah memrintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan dari Nur dibawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Dartipada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat.”

         Cuba kita renungkan, susah sangat hendak berselawat keatas Rasulullah SAW, betapa besarnya ganjaran yang Allah telah sediakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kadang-kadang kita sebagai orang Islam perkara sekecil ini pun tidak dapat melaksanakan. Sebagai Orang Islam kita harus menunaikan kewajipan rukun Islam yang lima itu. Tidak boleh tidak kita kena istiqomah. Membaca buku Agama dan mendengar kuliah adalah salah satu kewajipan pada orang Islam dalam mencari Ilmu Pengetahuan. Ilmu Allah amat luas. Allahualam…


         Ingin mencari wang saku !! Hanya dengan membaiki kerosakkan biasa bagi telefon bimbit. Kadang kadang kerosakkan tidak seberapa tetapi kena bayar puluhan atau ratus ringget untuk membaiki kerosakkan yang kita boleh baiki sendiri tampa modal yang tinggi. TETAPI kena cari ilmu dulu !! Dengan membeli VCD dibawah untuk mengetahui cara -cara membaik-pulih kerosakkan biasa telefon bimbit. RM80.00 bukan satu halangan untuk anda mendapat ilmu yang berfaedah sekurang-kurang bagi diri anda dan boleh menjana wang membaiki-pulih telefon teman-teman.
         Vcd ini adalah versi ke2,Ianya sungguh mudah difahami dengan tayangan video yang terang. Ia mengandungi cara-cara mudah membaiki 9 kerosakan telefon bimbit yang biasa berlaku pada telefon anda; Speaker kurang jelas, bateri tidak boleh cas, Tidak mendapat liputan network dan lain-lain. Tak cuba mana kita nak tahu menefaatnya VCD ini, anda boleh menjana pendapatan mudah dari VCD tersebut. Siapa Tahu!!!


Jika ingin mendapatkan VCD ASAS PANDUAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT boleh hubungi saya seperti dibawah ini:

      1.Harga 1 Set VCD asas membaiki telefon bimbit RM80.00 sahaja.
      2.Masukkan bayaran kedalam akaun bank saya CIMB : 06040002058200
      3.SMS pada saya (Nama, alamat penuh, tarikh, masa, jumlah, bank) No.h/p 0179843280.
      4.VCD tersebut akan saya hantar secepat munkin dari tarikh wang di bankkan.

Terima kasih.

Advertisements