Arkib untuk Mac, 2010

Runtuh Kah Parti Keadilan?

Ahad, Mac 7th, 2010

Itu yang dihitung-hitung dengan bongkak oleh media-masa dan media-elektronik “Parti Lawan”. Mereka begitu gelojoh menanti dan mebuat liputan memfitnah dan pembohongan seolah-olah mereka ini kebal, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang perbuatan mereka!! Ingat, Allah sentiasa melihat dan mengetahui. Doa orang yang dizalimi dan difitnah akan Allah makbulkan! Banyak dah terbukti…….Sembahyang lima waktu setiap hari akan menjadi sia-sia, kalau dalam hati penuh dengan kebencian dan mengadu-dumba orang lain…Tidak terperanjat jika beberapa orang pemimpin PKR keluar dari parti, kerana mereka adalah acuan “Parti Dahulu”, macam Parti Semangat 46, bila terdesak sikit lari keluar parti,terus menjadi pengampu besar,kutuk PAS walhal masa dalam Semangat 46 bukan main baik, lembut gigi dari lidah dan akhirnya parti semangat 46 hanya tinggal semangat sahaja tampa kubur.

Kita semua tahu bahawa 50 tahun memerintah tapi masih lagi Negara kita terus bergelumang dengan rasuah. PM dulu hendak memerangi rasuah habis-habisan, malangnya hingga hari ini tidak habis-habis. Apa dah jadi dengan Islam Hadhari?? Senyap dan kelu tanpa berita lagi!! Masa itu liputan Islam Hadhari saban hari di TV dan Media-masa, tidak puas suruh ulama-ulama nya pergi keseluruh ceruk rantau menghibahkan Islam Hadhari. Sekarang ini tinggal menghitung hari sahaja. Rasuah masih lagi leluasa. “Kuman diseberang lautan nampak kelihatan, tapi gajah depan mata tidak kelihatan” itu satu perumpamaan dengan kes-kes rasuah. Penyelewengan Perwaja hingga kehari ini masih tidak ada sesiapa yang dipertanggung-jawabkan. Berbillion wang rakyat hangus dan lesap begitu sahaja!!

Kalau pada mulanya hanya satu engin pesawat yang hilang, tetiba dua engin pesawat pulak. Macamana ini? Kita fikirlah sendiri, apa jenis pemerintah yang kita ada sekarang ini..


/center>

Advertisements