Arkib untuk Oktober, 2011

PRU 13 di Ambang 2011

Ahad, Oktober 30th, 2011

     UMNO terdesak sekarang ini, mereka mula membuat perancangan-perancangan untuk rakyat. Satu Malaysia jadi modal utama PM baru dan berteraskan ‘Rakyat didulukan, pembangunan diutamakan’. Itulah peracangan yang akan membodohkan rakyat. Setelah lebih 50 dekat memerintah Malaysia, baru ini nak buat “1 Malaysia”, agaknya selama ini Malaysia yang berbilang kaum tak bersatu ke??? Lebih daripada bersatu, munkin baru mereka mendapat igauan ngeri,setelah kalah 4 buah negeri jatuhk pada pembagkang, UMNO jadi panik, berbagai tipu helah digunakan untuk mendapat kembali. Negeri Perak menjadi mangsa, tektik kotor telah membuahkan hasil, Perak gugur dengan cara yang hina. Hingga sekarang ini masih tidak henti-henti membuat berbagai fitnah, pembohogan untuk memburukkan Pembangkang dinegeri yang dalam pemerintahan pembangkang. Mereka tidak jemu-jemu mencari jalan menipu rakyat dengan dakyah mereka sabanhari dimedia-masa dan media elektronik.

Memperolokkan rakyat selama lebih 50 tahun, masih lagi terdapat orang melayu yang miskin tegar. Banyak lagi orang-orang melayu yang tidak mempunyai tempat kediaman sempurna.Negeri yang dibawah PR telah dapat membuktikan betapa selama ini begitu banyak penyelewengan telah dilakukan oleh BN. Rakyat dibawah negeri-negeri PR ddapat melihat bagaimana PR mentadbirkan kewangan rakyat dengan baik, pendapatan negeri-negeri tersebut meningkat. BN setiap hari memfitnah rakyat melalui mediamasa mereka, ada juga rakyat digunakan untuk memfitnah negeri PR dengan menemuramah melalui TV dan sebagainya. UMNO rasa seram-sejuk menanti kehadiran PRU 13. Mukin sekarang ini ada orang-orang kuat UMNO kena demam PRU 13. Ada juga yang menghitung-hitung keuntungan akan diperolehi bila berjaya menjadi wakil rakyat nanti selepas PRU 13.

Menjahilkan rakyat memang telah hampir 5 abad diperlakukan. Mereka tahu masih banyak rakyat yang jahil tentang politik, tentang rasuah dan masih jahil tentang kewangan Negara. Negeri yang dibawah pentadbiran Pembangkang akan terus abaikan dan dianak tirikan dalam semua pembangunan, hak royalty juga dinafikan, tidak ketinggaalan juga hak rakyat dibawah parti pembangkang. Jadi tidak haiaranlah kalau kalau negeri tersebut tidak dapat dibangunkan selaras seperti negeri di bawah BN. Rakyat yang jahil akan mudah terpengaruh dan dengan menuduh bahwa Pembangkang tidak pandai mentadbir negeri yang mereka menangi dalam PRU 12. Orang melayu yang jahil masih lagi begitu ramai di Negara kita ini. Kebanyakan dari Melayu yang jahil ini masih jahil dalam soal pentadbiran Negara.

Soalnya sekarang ini ! Adakah Orang Melayu telah benar-benar sedar apa yang berlaku selama 54 tahun BN memerintah??? Kalau belum sedar! Maka orang melayu masih lagi jahil dan akan terus dijahilkan oleh BN.